PADANG BESAR 14 Nov. - Kerajaan diminta mengkaji semula pengeksportan bawang ke Thailand menerusi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), Wang Kelian di sini, kerana dipercayai menjadi laluan penyeludupan barangan kawalan ke negara jiran itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, setiap hari dianggarkan sebanyak 100 buah trak pikap Thailand memasuki pintu sempadan itu untuk membawa keluar pelbagai jenis bawang.
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.