JOHOR BAHRU 13 Sept. - Akibat menghalang penjawat awam menjalankan tugas, seorang tukas masak dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini berkuat kuasa hari ini.
Tertuduh, Nur Haslinda Abdullah, 29, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias.
Mengikut pertuduhan, dia dituduh menghalang penjawat awam menjalankan kerja-kerja jawatannya ke atas pegawai kanan polis, Superitenden M. Kumar di Kilometer 12 Jalan Tebrau menghala ke Kota Tinggi pada 9 September 4.30 petang. - UTUSAN ONLINE