KUALA TERENGGANU 5 Ogos – Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman menyerahkan kepada pertimbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said sekiranya terus mahu menyingkirkan beliau dengan cara melumpuhkan parti dan kerajaan.
Katanya, terpulang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian yang memungkinkan berlangsungnya pilihan raya negeri dan beliau yakin UMNO serta Barisan Nasional (BN) akan bangkit dengan kemenangan lebih besar sehingga membentuk kerajaan benar-benar teguh.