NADIRA ADNAN: Keseimbangan Nadira Adnan

Idea Kita 2018-07-11

Views 8

Mengejar impian untuk menjadi seorang doktor bukanlah kekangan untuk meneruskan legasi darah seni yang mengalir dalam tubuh Nadira Adnan. Dalam usia 19 tahun, penuntut universiti di Jakarta ini yang juga anak kepada pasangan, Anne Beatrice dan Tengku Adnan Tengku Mansor tampil untuk bergelar penyanyi. Walaupun tidak meneruskan peninggalan ibundanya yang pernah popular dalam industri seni lakon Indonesia, pemilik nama sebenar, Tengku Nadirah Munawarah ini lebih cenderung untuk menebar langkahnya sebagai penyanyi. Ketika bertemu dengan anak didik Vina Panduwinata yang sekali gus bernaung di bawah pengurusan Vina (juga penyanyi popular di Indonesia), gadis cantik lagi mudah mesra ini gembira apabila berbicara tentang album, muzik dan single yang telah beliau hasilkan. "Tidak menolak duit atau modal yang saya peroleh daripada ayah membolehkan saya menghasilkan album sendiri. "Saya juga gembira kerana Al Ghazali sudi berduet dengan saya menerusi lagu berjudul Cinta Datang dan Pergi, ciptaan ayah Al Gahzali iaitu Ahmad Dhani dari DEWA Band," kata Nadira ketika sesi wawancara diadakan secara ekslusif di kediamannya di Jakarta, baru-baru ini. Ikuti rakaman temubual seterusnya bersama Nadira Adnan. - UTUSAN ONLINE

Share This Video


Download

  
Report form