Festival Big Kitchen Kuala Lumpur 2015: Makanan Malaysia ke pasaran luar?

Idea Kita 2018-07-11

Views 0

KUALA LUMPUR - Festival Big Kitchen Kuala Lumpur 2015 adalah pertama kali diadakan di Malaysia yang berlangsung dari 29 Mei hingga 31 Mei ini.

Festival yang berlangsung tiga hari ini turut diadakan lapan perkampungan makanan termasuk satu perkampungan yang menyediakan 13 gerai makanan dari negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.

Pelbagai jenis makanan tradisional Malaysia seperti nasi lemak, roti canai, roti jala dan pisang goreng antara makanan yang menjadi tumpuan pelancong.

Tinjauan hari ini, rata-rata pengunjung begitu teruja untuk merasai dan mencuba makanan-makanan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Festival Big Kitchen Kuala Lumpur 2015 turut dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agung, Tuanku Hajjah Haminah.

Ikuti video sekitar majlis dan temu bual bersama beberapa pelancong tentang makanan Malaysia ke pasaran luar.-UTUSAN ONLINE

Share This Video


Download

  
Report form