Biasiswa CIMB BEST melegakan penerima

Idea Kita 2018-07-11

Views 3

KUALA LUMPUR 21 Mei - Dua penerima biasiswa CIMB Best, Azudin Daem, 36, dan Fazeela Gulam Rasul, 32, hari ini bersyukur kerana terpilih untuk menerima bantuan kewangan berjumlah RM48,000 setiap seorang.

Kedua-dua penerima biasiswa tersebut merupakan mahasiswa Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.

Menurut Azudin, biasiswa yang diberikan oleh CIMB BEST adalah biasiswa penuh.

"Pengajian selama tiga tahun saya dibiayai oleh CIMB BEST menerusi biasiswa yang saya terima.

"Saya bersyukur kerana terpilih sebagai penerima biasiswa ini," katanya yang juga merupakan Pengarah Urusan Hays Synergy Sdn. Bhd., yang menjalankan perniagaan dalam talian.

Sementara itu, penerima kedua biasiswa CIMB BEST, Fazeela Gulam Rasul menyifatkan dirinya amat bertuah kerana dipilih sebagai penerima biasiswa tersebut.

"Peluang untuk kita menceburi perniagaan harus direbut dengan pantas dan dalam masa yang sama kita juga perlu tingkatkan ilmu dalam urusan perniagaan.

"Oleh itu, selepas tamat pengajian, saya berharap dapat mengembangkan perniagaan saya yang berasaskan tenusu," katanya.

Pada majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam ucapannya berkata, pemberian biasiswa CIMB BEST itu adalah tahun kedua kepada usahawan muda yang melanjutkan pengajian dalam jurusan pengurusan perniagaan ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

"Dua penerima biasiswa ini adalah kumpulan pertama. Biasiswa penuh yang diberikan adalah bagi melahirkan usahawan yang berpotensi dan berinovasi," katanya.

Beliau berkata, pemberian biasiswa CIMB BEST adalah sebahagian daripada memenuhi tanggungjawab sosial Kumpulan CIMB. - UTUSAN ONLINE

Share This Video


Download

  
Report form