Sembang Online yang diterbitkan oleh Utusan Online (http://www.utusan.com.my) merupakan program bual bicara secara santai dengan beberapa tokoh terpilih bagi membincangkan isu-isu semasa dan penting yang mendepani negara serta masyarakat. Pada kali ini Sembang Online menjemput Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) iaitu Datuk Dr. Maamor Osman untuk membincangkan topik Gula: Antara Madu (Subsidi) dan Racun (Diabetes).