Dalam wawancara eksklusif Malaysiakini, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mempengerusikan lembaga pengarah 1MDB, ditanya kenapa Jho Low diberi peranan penting dalam 1MDB.
Najib berkata sebelum beliau menjadi perdana menteri dan sebelum 1MDB wujud, Jho Low sudah mengawal tiga syarikat tersenarai di Malaysia dan mempunyai pelaburan dalam projek Iskandar Johor dengan dana dikatakan dari Asia Barat.
Mengulas soalan sama ada beliau ada berhubungan dengan Jho Low ketika dakwaan terhadap bilionair itu muncul, Najib berkata ia sudah lama berlalu.
Layari https://www.malaysiakini.com/news/431747