Permohonan RCI Forex batal saman Dr M ditetap 28 Ogos

KiniTV 2018-06-25

Views 1.3K

Peguam utama Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Tun Dr. Mahathir Mohamad belum mendapat arahan sama ada Perdana Menteri masih mahu meneruskan usaha mencabar hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian urus niaga mata wang asing (Fforex) berjumlah RM31.5 bilion atau sebaliknya.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam Mohd. Irzan Iswatt Mohd. Noor yang turut mewakili Dr Mahathir selepas menghadiri pengurusan kes saman pemula itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Azizah Nawawi menetapkan 28 Ogos ini bagi pendengaran permohonan bantahan awal Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membatalkan saman pemula Dr Mahathir.

Dr. Mahathir mengemukakan saman pemula itu pada 9 Ogos tahun lalu untuk membatalkan keputusan RCI yang dibuat pada 8 Ogos tahun sama bagi membatalkan pelantikan Pengerusi, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan seorang daripada anggota suruhanjaya siasatan itu, Tan Sri Saw Choo Boon sebagai anggota suruhanjaya itu.

Share This Video


Download

  
Report form