Laporan: Ejen AS serba salah jika isteri MO1 pakai berlian disebut DOJ

KiniTV 2018-03-11

Views 15.6K

Ejen perisik persekutuan Amerika Syarikat (AS) bimbang mereka akan diletakkan dalam keadaan serba salah jika isteri Malaysian Official 1 (MO1) memakai barang kemas yang disenaraikan Jabatan Keadilan AS sebagai aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB, menurut suatu rancangan berita MSNBC.

Pengacara televisyen AS Rachel Maddow bercakap dalam program 'The Rachel Maddow Show' berkata menjadi suatu keganjilan Presiden AS Donald Trump memutuskan untuk menerima tamu pemimpin Malaysia di Rumah Putih ketika suatu siasatan besar sedang dijalankan.

"Pada awalnya, terdapat kebimbangan berkenaan (lawatan) itu ...jika pada lawatan ke Rumah Putih itu isteri MO1 memakai barang kemas tertentu yang diketahui dimilikinya, maka ejen perisik persekutuan akan diletakkan dalam keadaan serba-salah untuk mendapatkan barang kemas daripada beliau, seperti ketika beliau meninggalkan kawasan Rumah Putih atau mungkin di hotel penginapannya?" kata Rachel.

Menurut DOJ dalam saman setebal 251 halaman yang difailkan di Mahkamah Daerah California pada Jun tahun lalu, berlian merah jambu 22 karat dan rantai yang dibeli untuk 'isteri MO1' menggunakan dana yang dilesapkan daripada 1MDB.

Share This Video


Download

  
Report form