Singapura umum naik GST kepada 9%

KiniTV 2018-02-20

Views 5

Singapura akan menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada 9 peratus antara tahun 2021 hingga 2025.

Menteri kewangan republik itu Heng Swee Keat mengumumkan kenaikan 2 peratus itu dalam ucapan belanjawannya semalam, lapor media tempatan.

Masa tepat untuk kenaikan itu dikuatkuasakan tidak ditetapkan tetapi menurut Heng, bergantung kepada keadaan ekonomi, peningkatan perbelanjaan negara dan keadaan percukaian semasa.

Bagaimanapun, kata Heng lagi, kerajaan akan terus menyerap GST untuk perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang disubsidi kerajaan.

Share This Video


Download

  
Report form