Bekas presiden Georgia, Mikheil Saakashvili, yang kini tokoh pembangkang Ukranian, ditangkap sekumpulan lelaki di dalam sebuah kafe di Kiev, Ukraine pada Isnin lalu.
Saakashvili kemudian diusir keluar dari Ukraine ke Poland.
Dalam rakaman video yang tular di media sosial, aksi dramatik penangkapan pemimpin itu dapat dilihat dengan beberapa lelaki bertopeng yang dilaporkan dari Perkhidmatan Migrasi Ukraine serta polis pantas menyerbu ke dalam restoran berkenaan.
Kelihatan berlaku pergelutan antara pelanggan restoran itu, yang dipercayai penyokong bekas presiden itu, dengan pasukan polis.
Saakashvili diseret keluar dari restoran itu.
Pengusiran itu terjadi disebabkan Saakashvili cuba menjatuhkan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dengan menuduh terlibat dalam rasuah.