Hilang sabar, lelaki 'tanduk' polis trafik

KiniTV 2018-02-14

Views 16.9K

Seorang lelaki yang ditahan polis trafik bertindak menanduk sambil menggunakan kepalanya untuk menolak anggota itu di Simpang Matraman, Jakarta Timur, Indonesia pada Khamis lalu.

Rakaman menjadi viral itu dimuat naik di Instagram polantasindonesia yang memaparkan aksi 'perang mulut' kedua-dua mereka.

Difahamkan, lelaki itu ditahan kerana tidak mematuhi arahan lalu lintas di mana dia tetap memandu di satu persimpangan jalan lurus walaupun laluan itu ditutup disebabkan kerja-kerja projek jalan raya sedang dilakukan di situ, dan tidak menggunakan lencongan yang disediakan.

Share This Video


Download

  
Report form