Gerakan mudah, ledakan jarak jauh, larian laju serta gelecekan indah menyerikan perlawanan gemilang Paris Saint-Germain (PSG) 'kenduri' gol meratah Rennes awal pagi tadi.
Malam gemilang PSG dimulakan oleh pemain muda Mbappe selepas sembilan minit perlawanan bermula dengan satu sepakan lawa di depan pintu gol lawan.
Adrien Rabiot dan Marco Verratti bergandingan untuk satu gerakan menarik sebelum Neymar menyudahinya dengan jaringan kedua.
Ketiadaan Edison Cavani meletakkan Angle Di Maria berganding dibarisan depan bersama Neymar dan Mbappe.
Di Maria membuktikan beliau masih berbisa untuk gol ketiga sebelum Neymar meledak gol paling menarik untuk kedudukan 4-0.
Mbappe mengumpan kepada Di Maria untuk gol kelima dan pemain Argentina itu membalas dengan hantaran buat Mbappe melengkapkan kemenangan besar itu.