Pemandu SUV putih ditahan rempuh orang awam, 16 cedera

KiniTV 2017-12-21

Views 4.4K

Seramai 16 orang cedera apabila sebuah kereta SUV putih yang dipandu merempuh orang ramai di pusat perniagaan Melbourne, Australia pada Khamis.

Memetik agensi berita tempatan, kereta putih itu melanggar beberapa pejalan kaki yang sedang berjalan di kawasan terbabit.

Difahamkan, terdapat kanak-kanak mengalami kecederaan di kepala malah ada yang dalam keadaan serius.

Video yang dikongsi orang awam tular menunjukkan beberapa orang terbaring berhampiran kereta putih.

Tidak diketahui sama ada kejadian pelanggaran itu adalah serangan pengganas.

Suspek diberkas dan pihak berkuasa masih menyiasat kejadian itu.

Share This Video


Download

  
Report form