Pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo berjahat 'Guard of Honour' ketika aksi El Clasico pada 23 Disember hadapan.
Ronaldo mahukan Barcelona yang merupakan seteru utama Real Madrid melakukan itu susulan kejayaan pasukannya memenangi trofi Piala Kelab Dunia dua tahun berturut-turut.
Namun Barcelona tidak akan melakukan 'Guard of Honour'.
Pengarah Sukan Barcelona, Guillermo Amor menegaskan pemainnya tidak akan berbaris dan memberikan tepukan.
Ini kerana katanya kerana Barcelona tidak mengambil bahagian dalam kejuaraan Piala Kelab Dunia itu.
Sementara itu, jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde berkata, dia tidak pernah terfikir untuk memberi perbarisan hormat kepada Real.