Pembukaan Pusat Ekologi Vale, (VEC) dilihat sebagai salah satu inisiatif murni konglomerat antarabangsa dalam menjalankan perniagaan, pada masa sama memberi yang terbaik bagi pembangungan komuniti setempat.
Pusat ekologi yang terletak di kawasan hutan simpan Teluk Rubuah seluas 286 hektar itu juga berperanan penting sebagai lokasi pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk jangka masa panjang.