Struktur, sistem dan strategi pembelajaran semua peringkat di negara ini perlu tertumpu kepada menghasilkan generasi yang memiliki ilmu serta kemahiran selaras keperluan pasaran.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dr. Rafidah Aziz menegaskan langkah itu bagi memastikan malaysia tidak ketinggalan jauh daripada matlamat menjadi sebuah negara maju.