Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
RM1 juta diperuntukkan bagi pembinaan penempatan sementara untuk lebih 2000 penduduk kampung Bangau-Bangau di Semporna yang musnah akibat kebakaran. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan proses pembinaan semula akan dimulakan minggu depan.