Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah mengaktifkan ibu pejabat dan pejabat daerahnya untuk dijadikan pusat pengumpulan bantuan keperluan harian mangsa banjir daripada orang ramai, bermula Khamis.
Ketua Pengarahnya Datuk Zaitun Ab Samad berkata pusat berkenaan beroperasi selama 24 jam di seluruh negara.