Penyebar spekulasi liar dan berita palsu berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 8 Mac tahun lepas adalah jahil dan kurang pengetahuan. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari menegaskan, bahawa kerajaan tidak menyembunyikan apa juga fakta dalam usaha pencarian pesawat itu.