Sebanyak 41,000 saman telah dikeluarkan terhadap pesalah trafik di sepanjang laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sejak ia dibuka secara berperingkat bermula tahun 2011 hingga Oktober tahun ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata kesemua saman terhadap pengguna lebuh raya itu dikeluarkan kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik termasuk saman perangkap had laju.