Mahkamah akan melupuskan kes-kes jenayah jalanan secara pantas dalam tempoh tiga hari bagi tertuduh yang mengaku bersalah dan dua minggu bagi kes yang dibicarakan. Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memaklumkan, sebelum ini prosedur pelupusan kes membabitkan tertuduh mengaku bersalah akan mengambil masa antara sebulan hingga tiga bulan.