Tanggal 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatra Utara, Thailand dan Malaysia. Pastinya bantuan kemanusian antara menjadi keperluan utama ekoran terdapat banyak kerosakan insfrastruktur, kekurangan air dan makanan serta kerugian ekonomi dari industri perikanan dan pelancongan. Bukan sahaja kerajaan, malah organisasi kemanusiaan di seluruh dunia telah menawarkan bantuan kewangan dan teknikal kepada negara-negara yang terlibat dengan gempa bumi ini. Antaranya, Mercy Malaysia. Bersama kita di studio, Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus.