Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap anggota keluarga mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata sumbangan itu adalah bagi membantu keluarga mangsa dalam urusan pengebumian.