INTI International University and Colleges memperkenalkan pelan rangsangan pendidikan INTI bagi membantu pelajar membayar yuran bermula tahun ini sehingga tamat pengajian.
Pelan rangsangan pendidikan ini disediakan bagi membantu pelajar yang dibebani tekanan kewangan dipengaruhi peningkatan kos sara hidup dan nilai matawang ringgit yang lemah.