Nampaknya cerita tentang demonstrasi yang berlaku di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Jumaat mula trending di media sosial hari ini. Tindakan sekumpulan aktivis budaya yang cuba mengingatkan malaysia agar tidak menyenaraikan popiah sebagai masakan warisan negara mula mendapat reaksi melalui #popiah dan #savelunpia. Kumpulan aktivis budaya yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (FORMASBUDI), mendakwa popiah atau lunpia merupakan makanan khusus dari Semarang.