Bagi mengekalkan konteks perkongsial asal, Twitter menambahbaik perkhidmatan mereka bagi membolehkan pengguna retweet bersama komen tanpa menggunakan 140 karakter sedia ada. Bagaimanapun, fungsi ini hadir untuk web dan aplikasi iOS sahaja buat masa ini dan dijangka diperluas ke platform lain tidak lama lagi.