Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) akan mengambil alih baki projek pembinaan sekolah agama di seluruh Negeri Johor. Ia susulan laporan Ketua Audit Negara 2014 siri 1 yang mendapati projek berkenaan tidak berada pada tahap memuaskan disamping mempunyai beberapa kelemahan utama.