Kata kunci ‘Permatang Pauh’ trending seketika di platform Twitter bila Suruhanjaya Pilihan Raya SPR mengumumkan 7 Mei ini sebagai hari pengundian bagi pilihanraya kecil di Parlimen berkenaan. PRK Permatang Pauh mencatat sejarah tersendiri buat SPR kerana ia perlu diadakan berikutan keputusan mahkamah. Ini berikutan penyandangnya, Ahli Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk menduduki kerusi itu.