Akta Pencegahan Keganasan POTA disifatkan satu keperluan dalam undang undang khas bagi membanteras kegiatan keganasan di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata akta baharu itu memberi kuasa eksekutif kepada lembaga pencegahan keganasan yang anggotanya dilantik Yang Di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, beliau menegaskan POTA tidak sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan.