Minggu lalu sebahagian pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Ia berikutan pengurangan bekalan air terawat oleh loji rawatan air Sungai Semenyih. Pengurangan berpunca kewujudan manganese dan ammonia yang mencatat tahap keasidan yang rendah dan melebihi piawaian.