Kerajaan bakal menganjurkan bulan kesiapsiagaan bencana nasional pada Oktober setiap tahun bagi memberi pengetahuan awal kepada orang ramai dalam menghadapi bencana. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kempen dan program tersebut membabitkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk saluran media.