Sektor industri pelancongan dijangka tidak akan terjejas pada tahun depan ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula April 2015. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan sudah mengambil langkah sewajarnya untuk pelaksanaan cukai tersebut.