Kerajaan merekodkan kerugian jutaan ringgit berpunca dari kadar sewaan tanah milik kerajaan yang tidak mengikut kadar sewaan semasa. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengkaji semula nilai sewaan yang dikenakan.