Perak menjadi negeri pertama yang menubuhkan jawatankuasa pengupayaan 30 peratus kedudukan wanita dalam semua sektor. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rusnah Kassim akan diwakili semua ADUN wanita negeri Perak termasuk daripada parti pembangkang.