Gangguan bekalan air selama 16 jam dijangka berlaku di sebahagian daerah Tampin, Negeri Sembilan bermula jam lapan pagi pada 7 April nanti. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) memaklumkan gangguan berpunca daripada kerja pencucian dan penyelenggaraan loji rawatan air Dangi.