Polis diminta membuat risikan awal bagi menghalang samseng bola sepak memasuki stadium pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand, 20 Disember ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan, ia bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti yang berlaku kepada penyokong Vietnam pada 7 Disember lalu di Stadium Shah Alam.