Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
Sebelas peserta program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di Bagan Lebai Tahir, Pulau Pinang mendakwa tertipu dengan agensi yang mengendalikan program tersebut dua tahun lalu. Mereka mendakwa masih tidak menerima lesen memandu seperti yang dijanjikan selepas tertarik mengikuti program itu kerana harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding biasa.