Rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan bermula di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.
Panel 5 hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria kini mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan terdiri daripada 14 peguam mewakili Anwar, diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan.