Majikan digesa menyediakan kemudahan rumah dan kemudahan lain sewajarnya kepada pekerja mereka yang terlibat dalam bencana banjir. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib penyediaan rumah kepada pekerja, tempatan atau warga asing perlu bagi meningkatkan produktiviti pekerja.