Antara soalan paling popular mengenai GST ialah adakah tambah nilai (Top Up) dikenakan caj GST? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan mengesahkan harga tambah nilai prabayar kekal seperti sebelum ini. KPDNKK menyeru orang ramai agar membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga jualan pada barangan yang tidak dikenakan GST.