Seorang pembantu tadbir pejabat daerah Dungun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu terhadap dua pertuduhan memalsukan resit hasil tanah kerajaan Negeri terengganu berjumlah lebih RM4,500. Mazita Ngah, 50 tahun, didakwa memalsukan resit Hasil Tanah Kerajaan Negeri atas nama Nurul Fatin Fatinah Zulkipli berjumlah RM4,550.