Tapak pelupusan sampah Krubong, Melaka, terbakar lagi. Bau busuk dan asap tebal yang menyelubungi tapak itu menyebabkan penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Kebakaran yang berlaku sejak Khamis itu turut menjejaskan jarak penglihatan pengguna jalan raya, berikutan asap tebal.