Semua pihak perlu bersama-sama membantu kerajaan meningkatkan ekonomi negara berikutan kejatuhan harga minyak. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata, antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah dengan menurunkan harga barangan kerana kos pengeluaran akan menjadi lebih rendah berikutan penurunan harga minyak.