Penubuhan pasukan khas taktikal Tiga Stagg, dijangka mampu mengurangkan kadar jenayah dalam negara. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin, misi pasukan khas itu yang lebih fokus akan memudahkan polis terutamanya menangkap ikan jerung ataupun ketua-ketua sindiket, berbanding golongan bawahan.