Polis Terengganu percaya dapat melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah yang dijalankan kumpulan 'Geng Pasir Panjang' yang aktif dalam kegiatan itu. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata ia ekoran tertangkapnya seorang mekanik yang merupakan ketua kumpulan itu.