Semalam polis mengesahkan satu rangka kanak-kanak ditemui dekat tebing Sungai Perias, jam 3.30 petang dekat Pos Tohoi itu dipercayai mempunyai kaitan dengan tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.
Ia merupakan penemuan kedua selepas, mayat pertama yang dijumpai reput pada Rabu disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8 tahun.
Dan bagi mengetahui perkembangan terbaru kita terus sahaja bersama wakil kami di Gua Musang, Kelantan.