Gwen Stefani memperkenalkan single terbarunya, Spark The Fire dengan mempersembahkannya di pentas The Voice. Namun Spark The Fire, kolaborasi bersama Pharrell Williams, tidak begitu menyengat apabila mendapat respon tidak begitu memberangsangkan. Video muzik lagu itu juga tidak mendapat sambutan dengan hanya 700 ribu tontonan di Youtube sejak dilancarkan 1 Disember lepas.