Mahkamah Sesyen Alor Setar mengarahkan seorang lelaki yang dituduh mencederakan seorang anggota polis menjalani pemeriksaan mental bagi mengetahui tahap kewarasannya. Hakim Ibrahim Osman membuat arahan itu selepas tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.